BARU memasuki minggu kedua program The Hardest Singing Show, penyanyi Datin Alyah mengumumkan penarikan diri daripada menyertai pertandingan berkenaan. Kata Alyah, 43, keputusan itu dibuat selepas dia mendapat panggilan menunaikan haji pada Jun nanti. “Saya memohon maaf kepada semua tenaga kerja The Hardest Singing Show, saya terpaksa mengundur diri daripada pertandingan ini. Saya doakan kalian dapat buat dengan sehabis baik.
“Saya akan berangkat ke Tanah Suci, Alhamdulillah saya mendapat panggilan menunaikan haji pada tahun ini,” katanya. Alyah berkongsi perkara itu melalui satu klip video yang ditayangkan pihak Astro ketika siaran langsung The Hardest Singing Show pada malam Ahad. Dalam pada itu, Alyah turut memohon doa orang ramai supaya dia diberi kesihatan dan mendapat haji mabrur.
“Saya juga mohon semua orang mendoakan saya dan mendapat haji yang mabrur,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan Alyah untuk berangkat ke tanah suci dipermudahkan. Minggu pertama The Hardest Singing Show yang berlangsung pada 12 Mei lalu, Alyah meraih kedudukan keenam dengan markah 64.08.
Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.