Tiada niat nak buang ank dan sokong menantu, Patimah Ismail akui terhutang janji dengan Puteri Sarah Liyana

Bekas ibu mentua kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail amat menyayangi aktres itu meskipun sudah memilih jalan perpisahan dengan anaknya, Syamsul Yusof. Menerusi temu bual bersama Melodi, Patimah berkata dia amat menyayangi Puteri Sarah dan bersimpati terhadap dugaan yang menimpanya. “Sebenarnya saya bukanlah ibu mentua yang terbaik tapi sebagai seorang wanita, saya bersimpati dengan menantu saya..seorang wanita yang ada anak.

Walaupun drh daging kita sendiri buat salah, kita kena akui.” Dalam pada itu, Patimah juga berasa serba salah kerana menyakinkan Sarah bahawa Syamsul akan kembali ke pangkuan keluarga, namun takdir pula mengatakan yang sebaliknya. “Saya rasa terhutang perjanjian dengan menantu saya sebab saya beritahu dia, ‘Puteri Sarah sabar nanti Syamsul akan balik’. Tapi akhirnya macam tu pula jadinya. Itu yang membuatkan saya terlalu simpati dengan menantu saya.

Lagipun Sarah pandai menjaga hati saya, bukanlah saya yang terbaik. Buang anak, sokong menantu pun tidak. Tapi kerana janji dan simpati kepada menantu buat saya rasa kecewa sangat. Saya mahu jadi ibu yang terbaik buat Sarah.” Sebelum ini, warganet bertindak membandingkan Patimah dengan ibu kepada aktor Aliff Aziz selepas timbul kontroversi curang dan ditangkap berkhalwat bersama aktres Ruhainies.

Bagaimanapun, isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam itu kurang senang dengan perkara tersebut. “Sebenarnya saya tak suka dibandingkan begitu. Kita tak tahu situasi dia macam mana. Situasi saya lain. Anak saya memang betul buat salah. Pergi kahwin ke luar negara tinggal isteri. “Macam mak Aliff ni mungkin dia ada sebab-sebab tertentu dia masih menyokong anak dia.”

Justeru, Patimah berharap agar warganet tidak lagi membandingkan mereka berdua. “Janganlah bandingkan saya, sebenarnya saya bukanlah terlalu baik cuma keadaan yang buat saya jadi macam tu. Begitu juga menantu-menantu saya yang lain. Saya selalu beritahu anak-anak saya, jaga isteri dengan baik.”

Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar pada 6 Januari tahun lalu, di Thailand. Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.