Memahami keadaan bekas suami, Datin Red tak akan menuntut sebarang nafkah

Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim memberitahu dia tidak akan menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya. Menurut Datin Red, keputusan tersebut dibuat kerana dia memahami keadaan bekas suaminya itu yang sedang berada dalam kesusahan. “Sebab saya tahu dia muflis. Tak apalah saya cari nafkah sendiri sahaja untuk anak-anak saya. Itu saja saya nak cakap. Saya tak nak menyusahkan dia dan saya menyokong dia.”

Tambah Datin Red, hubungannya dengan bekas suami akan kekal baik seperti sebelum ini. “Saya tahu dia tidak sejahat itu terhadap kami walaupun kami sudah tidak mempunyai hubungan. Saya tahu dia baik dan bertanggungjawab. Hubungan kami selepas ini pun baik sahaja.” Hari ini, Datuk Red telah melepaskan isteri pertamanya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor. Terdahulu, Datin Red memfailkan pisah terhadap Datuk Red pada penghujung Januari lalu. Berita tersebut diketahui umum apabila Datin Red memuat naik foto ketika berada di luar mahkamah dengan kapsyen mengenai ketentuan takdir.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *