Nampak perubahan pada wajah, warganet dkwa Fathia Latiff macam tiru penampilan Zahirah Macwilson

Warganet tuduh Fathia Latiff tiru penampilan pelakon Zahirah MacWilson dari segi wajah dan rambutnya selepas tular foto aktress itu bersama Che Ta. Menerusi satu perkongsian di X, @arfdy12 telah membalas ciapan @Cool_Wannabe82 yang memuat naik foto berita berkaitan wajah Fathia yang kini sudah berubah. Perkongsian @Cool_Wannabe82 memaparkan dua foto iaitu gambar Fathia dan gambar pelakon itu bersama aktress Che Ta.

“Kenapa lain sangat muka Fathia ni?” kata @Cool_Wannabe82 di ruangan kapsyen. @arfdy12 pula telah memuat naik foto Zahirah dan menulis kapsyen berkata penampilan wajah Fathia sama seperti gambar yang dikongsinya. “Kenapa gambar pertama tu nampak macam dia nak buat rambut dan muka Zahirah eh?” tulisnya di ruangan kapsyen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan persoalan itu dan berkata mereka juga berpendapat Fathia telah mengubah mukanya.

Terdahulu, Fathia menjadi bualan ramai selepas menggekar Zahirah mempunyai muka seperti bibik dalam satu siaran langsungnya. Disebabkan kenyataan itu, Fathia menerima kritikan daripada orang ramai yang turut membandingkan wajahnya dengan Zahirah. Tidak cukup dengan itu, Fathia turut menyerang bekas teman lelakinya, Aiman Hakim Ridza yang juga merupakan suami kepada Zahirah.

Menurutnya, Aiman masih menyayangi dirinya dan masih belum melupakan dirinya walaupun mereka sudah putus hampir 10 tahun yang lalu. Sejak daripada itu, Fathia kini sering disebut-sebut kerana ada sahaja tindakannya yang kurang enak dipandang oleh warganet seperti tidak memakai hijab dan berpakaian menjolok mata.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *