Harap pertimbangkan semula isu tidak hadir, JDT luah rasa kecewa dengan keputusan Selangor FC

Malam tadi, kelab Liga Super Selangor FC (SFC) mengumumkan untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 10 Mei ini. Keputusan itu dibuat bagi menjamin keselamatan pemain selepas bintang utamanya, Faisal Halim menjadi mngs srngn simbahan asid, baru-baru ini. Namun, JDT yang mengambil maklum dengan perkara itu menyatakan kecewa dengan keputusan SFC.

Menurut kenyataan rasmi, JDT berharap SFC mempertimbangkan semula keputusan itu kerana Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor memberi jaminan keselamatan pasukan, pemain dan penyokong serta akan menggandakan kehadiran dengan 1,500 anggota. “Kami sememangnya mengutuk keras kejadian yang melibatkan Faisal Halim dan juga ancaman yang diterima oleh beberapa individu di Selangor FC. Tetapi kami berharap agar Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.

Kerana ia boleh menetapkan ‘precedent’ untuk mana-mana pasukan menarik diri kerana berasakan tidak selamat meskipun mendapat jaminan daripada Polis DiRaja Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards. Dalam kenyataan itu, beliau turut berkongsi pengalaman pasukan JDT yang pernah diserang dalam keadaan yang ‘hostile’ di Pahang, Perak dan Kelantan sebelum ini, tetapi masih turun bermain.

“Tetapi kami masih ke gelanggang lawan dan bermain dalam perlawanan yang dikawal ketat pihak polis.” Dalam masa sama, beliau menegaskan, tiga kejadian yang menimpa Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim adalah membimbangkan. Justeru, beliau menyeru agar meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa bukan hanya untuk menyiasat kes-kes ini tetapi juga untuk menjaga keselamatan dan memastikan musim bola sepak 2024-25 berjalan lancar.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *