Kesian bila tengok teman lelaki tiada duit dalam dompet, wanita ni sanggup bagi semua wang tunainya pada teman lelaki

Seorang wanita yang dikenali sebagai Bella jadi perhatian ramai apabila dia sanggup memberikan kesemua wang tunainya kepada teman lelaki. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Bella di laman TikToknya, dia bertindak sedemikian kerana berasa kasihan selepas melihat sejumlah wang yang terdapat dalam dompet teman lelakinya. “Kesian boyfriend, kita bantu,” ujarnya ringkas beserta emoji hati. Susulan itu, dia telah mengambil kesemua wang tunainya RM10 dan RM50 dan meletakkan wang tersebut ke dalam dompet teman lelakinya. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak percaya dengan tindakan Bella kerana menganggap wanita tersebut hanya membuat ‘content’ semata-mata. Sementara itu, warganet terutamanya golongan lelaki meluahkan rasa kagum dan berpendapat sukar untuk menemui wanita yang pemurah serta tidak berkira seperti Bella.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.