Cuma nak berdamai dalam situasi sekarang, Aliff Aziz akui dah sedia nak lepaskan Bella Astillah

ENGGAN lagi melengahkan proses perpisahan, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memberitahu dia sudah bersedia untuk melepaskan isterinya iaitu Bella Astillah. Reda jika itu suratan takdir, Aliff, 33, berkata selepas ini dia mahu melihat Bella melalui kehidupan lebih bahagia. “Dari apa yang aku lihat, dah sampai titik tidak boleh toleh belakang, jadi kalau berpisah itu jalan untuk dia bahagia, maka sebagai suami aku kena beri apa yang dia minta.

Tiada lagi permainan nak lambatkan proses ke apa selepas ini, aku cuma nak berdamai dalam situasi sekarang,” katanya. Aliff memberitahu perkara itu menerusi podcast The Common Folks yang di muat naik di YouTube pada awal pagi Jumaat Sementara itu, ditanya mengenai kebimbangan mungkin akan digam dan karier seninya akan berakhir, Aliff berkata dia menyerahkan soal rezeki kepada Allah SWT.

Malah Aliff turut meminta orang ramai mendoakan agar rezekinya masih ada dalam apa jua bidang selepas ini. “Semua orang ada pendapat masing-masing, setakat ini aku bertugas dan diberi amanah bawa watak atau persembahan sentiasa beri komitmen tinggi. Aku serahkan rezeki pada Allah, doakan rezeki aku masih ada dalam apa jua bidang selepas ini,” ujarnya. Pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella memfailkan untuk berpisah secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Ia susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhlwt oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu. Aliff bagaimanapun enggan melepaskan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka. Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.

Tidak menyangkal dakwaan tersebut, Bella bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak. Isu itu bertambah panas apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff seiak Januari lalu. Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai ‘NRF’.

Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu ini turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen. Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.