Tak nak ulas pasal permohonan maaf Ruhainies, Bella Astillah akui hanya mahu fokus dengan kes untuk berpisah

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah enggan mengulas mengenai permohonan maaf yang dibuat secara terbuka oleh aktres Ruhainies, baru-baru ini. Mahu memberikan fokus kepada perbicaraan kes cerai membabitkan dirinya dengan suami Aliff Aziz, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah turut memberitahu tumpuannya kini lebih kepada kerjaya seni.

“Alhamdulillah saya okay. Saya minta maaf banyak, sebab sekarang ini saya hendak fokus kepada perbicaraan di mahkamah. Jadi, saya minta doakan yang baik-baik,” katanya. Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis hari raya pengeluar motorsikal eletrik, GGR di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada petang Khamis. Dalam pada itu, ditanya mengenai status hubungannya dengan wanita yang mendakwa kekasih gelap suaminya iaitu Sarah Yasmine, Bella memilih untuk berdiam diri.

“Saya ketika ini hanya fokus kepada kerja sahaja dan tak tahu ada apa-apa ‘update’ (berhubung hantaran terbaharu Sarah di Instagram). Saya tak ada komen mengenai itu,” jelasnya. Sebelum ini, pelakon Ruhainies tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella menerusi program Melodi pada 25 April lalu. Ruhainies memberitahu dia mengambil pendekatan berdiam diri daripada bercakap kontroversi membabitkannya kerana tidak mahu memanjangkan isu.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhlwt oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara. Susulan kejadian tersebut, Bella mengambil keputusan memfailkan untuk berpisah terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Sariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan melepaskannya. Aliff memberitahu mahkamah pada sebutan kedua kes itu pada 4 April lalu dirinya masih menyayangi Bella dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu di antara mereka semakin rumit apabila Sarah Yasmine muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu dan mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan wanita yang dinamakan sebagai NRF. Pendedahan itu membuatkan ramai bengang, selain turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen. Ruhainies kemudiannya secara terbuka menyatakan hasrat untuk berjumpa Sarah dan Bella.

Sarah pula dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu enggan berbuat demikian kerana tidak mahu lagi tertipu dengan Ruhainies. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *