Dagu pemuda terkoyak selepas motosikal ditunggangnya kena benang yang dipasang di laluan motosikal di Lebuhaya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), petang semalam. Pengalaman ngeri itu dikongsikan oleh pemuda dikenali Muas Rosdi di platform X (dulu dikenali Twitter) sehingga tular dan menarik perhatian ramai. Muas Rosdi berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia melalui susur keluar Taman Kosas, Ampang menghala ke Plaza Tol Bukit Teratai, kira-kira 6.30 petang semalam.
Bagaimanapun, dia sendiri tidak mengetahui bagaimana benang tersebut boleh berada di situ dan ia secara tiba-tiba menyebabkan dagunya terkoyak. “Untuk yang bertanya, macam mana benang tu boleh ada tengah-tengah highway. Aku tak tahu, tiba-tiba zass kena dagu. Nasib baik aku sempat tarik benang guna jari, so jari ada terluka sikit,” kongsinya.
Insiden telah membuatkan pemuda itu lebih rela untuk melalui kesibukan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) jika terpaksa berdepan dengan situasi terbabit. Dalam perkembangan lain, Muas Rosdi memaklumkan pihak SUKE telah menghubunginya dan mengambil keterangan berhubung kejadian tersebut. “Harapnya rondaan untuk semak keadaan jalan dapat diperbanyakkan lepas ni,” katanya.
Dalam pada itu, Adun Lembah Jaya iaitu Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad atau YB Altimet mengambil maklum mengenai isu terbabit dan sudah memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Beliau juga akan mengusul isu terbabit kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor semasa town hall pada pagi esok. Untuk pengetahuan, insiden ini bukanlah kali pertama berlaku di Lebuhraya SUKE kerana ia pernah berlaku pada September tahun lalu di mana mangsa terkena tali tangsi yang diletakkan melintang di tengah-tengah lebuh raya.
Ia telah menyebabkan leher mngs luka dan tinggalkan kesan merah selepas kena tali berkenaan. Orang ramai meminta penunggang motosikal terbabit membuat laporan polis supaya siasatan lebih menyeluruh dapat dijalankan. Warganet berasa marah kerana ada pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup berbuat khianat ke atas nyawa pengguna lebuh raya yang tidak bersalah.
Tidak kurang juga ada yang bertanya akan sebab benang tersebut diletakkan di lebuh raya kerana ia boleh mendatangkan kecederaan kepada pengguna lain.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.