Ibu Nabil Zamanhuri sahkan anaknya yang juga bekas pelakon dan penyanyi meninggal dunia akibat serangan jantung. Ibu kepada Allahyarham Nabil iaitu Fatimah Abdullah berkata, punca pemergian anaknya adalah disebabkan serangan jantung hasil daripada bdh siasat yang dilakukan tengah hari tadi. Memetik laporan Astro Awani, Allahyarham Nabil atau nama penuhnya Nabil Zafirl Zamanhuri, 37, pergi menghadap illahi disebabkan tekanan dan amalan gaya hidup bekerja.
Menurut Fatimah, anaknya memang ada niat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, namun tidak kesampaian untuk berbuat demikian. “Hasil bdh siasat mungkin disebabkan dia (Nabil) terlalu sibuk bekerja, stres dan tidak menjaga makan dengan baik. Kata doktor ia sekali gus memberi kesan kepada gaya hidupnya. Dia memang ada niat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan tetapi apa kan daya tidak sempat. Beberapa hari lepas dia ada cakap tak sedap perut dan sukar bernafas.
Mungkin petanda itu sudah ada, tidur malam pun dia letak bantal pada bahagian belakang. Katanya sebab susah nafas hidung tersumbat. Tapi mungkin sudah masanya dia pergi, saya reda atas pemergiannya,” katanya. Walaupun reda dengan pemergian satu-satunya anak lelakinya, namun dia tetap merasai kehilangan permata hati yang dicintai seumur hidup.
Fatimah turut memuji Nabil yang juga naib juara program realiti Mentor musim pertama merupakan seorang anak yang taat dan mudah menghulur pertolongan sekiranya diperlukan. Dia seorang anak yang taat dan pendengar setia. Kalau saya minta tolong, cepat sahaja dia sampai ke rumah saya. Dia selalu menasihati saya untuk banyak bersabar,” katanya lagi.
Jnzh Allahyarham Nabil Zamanhuri atau lebih dikenali Nabil Mentor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di sini pada jam 6.20 petang, hari ini. Lebih 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan artis dan kenalan terdekat hadir bagi memberi penghormatan terakhir. Antaranya penyanyi Datuk Nora Ariffin, pelakon pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad dan personaliti media sosial, Ubai MZ.
Terdahulu, Allahyarham Nabil dilaporkan pergi menghadap illahia di kediamannya di Bukit Indah, Ampang, pagi tadi dipercayai akibat srngan jantung sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang untuk bdh siasat. Nama Nabil mula dikenali menerusi program pencarian bakat, Mentor pada 2005 dan menyandang gelaran naib juara. Bakatnya dalam industri hiburan terus menyinar dan pernah menghasilkan satu album, Dari Jauh pada 2006 dan antara single nyanyiannya seperti Hati Ini, Hey Emma, Dari Jauh, Beku, Selangkah (OST Aladdin) dan Kenangan Lama (OST drama Ijab Kabut).
Selain itu, Allahyarham juga pernah membintangi drama Seribu Erti pada 2007, Kerana Kirana 2 (2008), Kamelia Katrina (2009), Cinta Strawberi dan Coklat (2012) dan Ijab Kabut (2022), selain filem Aladdin dan Boboiboy Movie 2 sebagai Kapten Kaizo (2019).
Sekadar info, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Adelia Citra Hapsari pada 2014. Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan iaitu Aluna Calista, 7, dan Stara, 3. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.