Musim panas bil api pun melambung naik, ramai yang terhibur tengok reaksi pembantu rumah lepas tengok jumlah bil elektrik

Bila cuaca tidak menentu dan kadang-kadang panas berbahang, ramai yang akan menggunakan penyaman udara dalam tempoh lama sehingga tak sedar bil elektrik turut melambung. Pastinya kita sendiri akan terkejut apabila melihat jumlah bayaran yang dikenakan dan rasa ‘sesak’ nak membayarnya. Tular di TikTok, reaksi seorang bibik seakan mengalami ‘serangan jantung’ apabila melihat penyata bil elektrik majikannya. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, bibik terbabit dilihat pergi ke arah peti surat untuk melihat sebarang surat yang diterima. Bibik berkenaan kemudian memegang sehelai kertas panjang yang dipercayai penyata bil elektrik. Ketika menyemak jumlah penyata bil itu, bibik memberi reaksi ‘dramatik’ dengan meletakkan tangannya di dada seperti terkejut dengan perkara yang dilihat. Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai yang terhibur dengan reaksi bibik berkenaan.

Rata-rata warganet yang melihat video itu memahami perasaan bibik terbabit apabila turut menzahirkan bil elektrik mereka juga meningkat baru-baru ini. Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Alyaninazirah berkata dia sama sekali tidak menjangka bahawa bil elektrik rumahnya naik tiga kali ganda. “Bukan bibik sahaja yang sakit jantung tengok bil, saya pun terkejut. Bulan lalu bil elektrik sekitar RM130 sahaja tetapi bulan ini naik tiga kali ganda sehingga RM400. Macam mana saya tak terkejut,” katanya.

Ujarnya, punca kenaikan bil elektrik itu mungkin disebabkan kerap menggunakan penyaman udara kerana bahang cuaca panas. Siapa tak ‘sakit jantung’ tiba-tiba bil elektrik naik kan?. Sumber: Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.