Seorang remaja berusia 19 tahun, Muhammad Aidil Nursulhi telah selamat tiba di Tanah Suci Madinah, Arab Saudi semalam. Perjalanan Aidil dari Malaysia itu telah berjaya dilakukan dengan menunggang sebuah motosikal keluaran tempatan, Modenas Kriss 110. Kejayaan Aidil menunggang motosikal sehingga ke tanah suci itu dikhabarkan dalam satu hantaran oleh bapanya di akaun Facebook Aimpro Samudra.
Selepas 45 hari menunggang motosikal, beliau telah selamat tiba di Tanah Suci Madinah. Kejayaannya secara tidak langsung menunjukkan kelasakan motosikal jenama tempatan untuk mengharungi perjalanan jauh dan panjang. Tahniah diucapkan kepada Aidil, satu pencapaian yang luar biasa.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.