Wanita yang dikaitkan dengan Aliff Aziz, Sarah Yasmine dapat perintah mahkamah dari aktor berkenaan dan kini sudah berada di Singapura selepas menerima arahan untuk pulang ke sana. Dia tidak dibenarkan memberi sebarang kenyataan atau komen berkenaan isu Aliff Aziz beberapa hari sebelum video pelakon itu muncul berkongsi tentang kontroversi dirinya di sebuah podcast.
“Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen mengenai isu yang membabitkan saya dan Aliff ketika ini kerana saya telah menerima perintah mahkamah di Singapura empat hari sebelum Podcast aktor berkenaan bersama TheCommanFolks SG disiarkan. Saya tak boleh lawan balik atau berbicara mengenainya,” katanya. Susulan daripada itu, Sarah Yasmine hanya mampu berharap agar kebenaran akan terbukti nanti dan tidak kisah jika dianggap ‘terhegeh-hegeh’ dalam isu melibatkan selebriti terbabit.
“Saya tak boleh berkata apa-apa disebabkan perintah mahkamah yang diberi oleh Aliff dan saya juga tak kisah seandainya saya dilabelkan terhegeh-hegeh atau meroyan,”. Jelasnya, dia akur dengan Akta Perlindungan Dari Gangguan di Singapura dan mahu fokus untuk tindakan undang-undang terhadap beberapa individu lain disamping sibuk menjalani pekerjaan sambilannya.
“Saya akur dengan Akta Perlindungan dari Gangguan atau The Protection from Harassment Act 2014 (POHA) di Singapura dan insya-Allah, Allah akan tunjukkan kebenarannya satu hari nanti. Buat masa sekarang saya nak fokuskan pada tindakan undang-undang kepada individu-individu tertentu dan kalau ada rezeki saya akan fokus pada kerja sambilan lain,” tambahnya.
Terdahulu, Aliff Aziz akhirnya muncul dalam Podcast TheCommanFolks SG meluahkan apa dirasai sepanjang tempoh kontroversi yang telah membuatkan namanya terus dicaci banyak pihak. Dia yang kelihatan sebak sewaktu bercakap perihal keluarganya berharap supaya semuanya akan kembali berdamai dan tidak akan ada lagi drama atau permainan untuk melengahkan lagi proses penceraian dengan Bella Astillah.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.