Tidak lagi berhubung dengan mana mana pihak, Aliff Aziz mohon maaf secara terbuka pada keluarga dan Ruhainies

Penyanyi Aliff Aziz memberitahu dia tidak lagi berhubung dengan mana-mana pihak selepas kontroversi yang melanda dirinya. Menerusi temu bual bersama The Common Folks, Aliff berkata, dia memerlukan masa bersendirian untuk memikirkan tentang langkah yang perlu diambil seterusnya. “Buat masa sekarang ini, aku tak berhubung dengan sesiapa sebab aku rasa aku lock diri dalam rumah kejap. All these noise and mess yang berpunca daripada aku, aku perlukan beberapa minggu ini untuk kurung diri aku dan fikir apa yang patut aku buat.

Aku rasa lost, aku rasa bila aku tengok muka umi dan ayah aku, mereka cuba untuk kuat untuk aku tapi aku tahu perkara ini melukakan hati mereka.” Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf kepada pelakon Ruhainies dan keluarganya di atas kesilapannya yang bermula dengan berkongsi masalah rumah tangganya. “Untuk Ruhainies dan keluarga Ruhainies, saya minta maaf kerana memulakan semua perkara ini dan membuka ruang itu.

Kita bermula sebagai rakan sekerja yang baik, rakan baik sampai lah ke tahap saya membuka ruang berkongsi masalah. Ruang itu membuka pintu kepada apa yang sudah terjadi. Jadi, terima kasih di atas semua nasihat, terima kasih dengan apa sahaja yang dia (Ruhainies) dah lakukan.

Sedikit sebanyak nasihat dan sebagainya, walaupun bermula dengan cara yang salah. Saya sangat ingin memohon maaf kerana melibatkan awak sekali dalam masalah yang sepatutnya saya uruskan sendiri. Saya sudah melakukan banyak kemusnahan kepada ramai orang dan saya harap mereka dapat maafkan saya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.