Salahkan sekeliling atas kegagalan sendiri, risau tengok bila ada pelajar yang salahkan sikap guru dan peraturan di sekolah

“Kami bukan pemalas tapi…” Kebelakangan ini, tular di media sosial mengenai sikap dan persepsi remaja mengenai alam persekolahan sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warganet. Ia dapat dilihat apabila ada dalam kalangan mereka menyatakan diri bukan pemalas, sebaliknya sikap para pendidik telah membuatkan mereka bertindak sedemikian.

Meskipun ia sekadar konten dimuat naik di platform TikTok, namun ‘trend’ tersebut mencetuskan kebimbangan kerana ia menunjukkan tahap pemikiran seseorang remaja dengan menyalahkan orang lain atas kegagalan mereka dalam pelajaran. Pengguna Facebook dikenali Saifullah Kamanoordin berkata, trend pelajar sekolah memberi alasan malas ke sekolah kerana guru adalah tidak sepatutnya berlaku.

“Sekarang ni trend budak-budak sekolah bagi alasan untuk jadi pemalas dengan menyalahkan guru. Bila mereka tengok orang cemerlang diraikan oleh sekolah, mereka ajak pula mak ayah protes majlis meraikan kejayaan orang cemerlang,” luahnya. Saifullah Kamanoordin berkata, mereka ini seharusnya menyalahkan diri sendiri dan bukannya orang di sekeliling atas sebab ‘malas’ ke sekolah dan gagal menjadi orang berjaya.

Sikap yang ditunjukkan oleh segelintir remaja sedikit sebanyak mencetuskan kebimbangan kerana mereka inilah bakal memimpin negara pada masa akan datang. “Begitulah sikap orang yang gagal. Mereka akan menyalahkan sekeliling atas kegagalan mereka, bukannya salah sendiri. Inilah generasi yang sedang dibentuk dan bakal menerajui negara,” katanya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.