Sekali lagi kongsikan gambar mesra dengan seorang lelaki, ini pula pesanan warganet untuk Fathia Latiff

KETERBUKAAN pelakon Fathia Latiff dalam berkongsi hal peribadi di laman sosial miliknya sentiasa menjadi perhatian dan buah mulut ramai. Ini termasuk kekerapannya berkongsi foto mesra bersama lelaki berbeza yang menimbulkan kekeliruan tentang siapa sebenarnya teman lelaki Fathia. Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, dilihat memeluk erat seorang lelaki dipercayai kekasih baharunya.

Ia susulan aksi bersahaja dan manja bersama lelaki berkenaan yang membuatkan ramai menyangka mereka mempunyai hubungan istimewa. Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengikut pelakon itu berharap Fathia lebih berhati-hati dalam mencari pasangan. Mereka juga menasihatkan Fathia tidak galak memaparkan kemesraan apatah lagi tidak mempunyai ikatan sebagai suami isteri.

Tidak hanya itu, ramai meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu seolah-olah tidak mempedulikan keadaan sekeliling apatah lagi ketika ini ramai memberi perhatian kepada isu di Palestin. “Fathia, carilah lelaki yang baik.” “Anak ikan siapa pula dibayar ni? Fathia jangan main tangkap muat untuk ubat hati. Awak cantik sebenarnya.” “Dunia sekarang dah tenat. Tengok Palestin itu macam mana? Kau tak habis dengan dunia huru hara kau,” komen warganet.

Januari lalu, Fathia menjadi perhatian apabila kerap berkongsi foto mesra dengan seorang lelaki ketika bercuti di Jepun. Lebih panas apabila lelaki yang tidak diketahui identitinya dilihat dengan jelas mencium pipi aktres tersebut. Bagaimanapun beberapa hari selepas itu, Fathia berkongsi pula foto dengan lelaki berbeza sehingga didakwa menyewa lelaki bagi menemaninya ketika bercuti.

Fathia juga dilihat bersama beberapa lelaki berbeza selepas pulang ke Malaysia namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka teman istimewa atau sekadar rakan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.