Syukur doa yang di pohon 2 tahun lalu dimakbulkan, Wan maimunah terpilih unutuk menunaikan haji pada tahun ni

Pelakon senior, Wan Maimunah ‘meraung’ apabila Lembaga Tabung Haji memaklumkan dia terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini Menurut laporan Berita Harian, khabar baik itu telah dimaklumkan sebelum Ramadan lalu dan difahamkan Wan Maimunah akan berangkat ke tanah suci pada 10 Mei ini. Susulan itu, pelakon yang berusia 67 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana tidak menyangka doa yang dipohon ketika mengerjkan ibadah umrah pada dua tahun lalu termakbul.

“Bila diberitahu saya terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini, saya meraung. Allah itu maha pengasih dan penyayang. Pada Disember 2022, saya tunaikan umrah dan saya akui, memang tak puas. Saya tak puas nak duduk depan Kaabah dari jam 9 pagi hingga sebelum solat Zohor dan menyebabkan saya terpaksa menolak melakukan aktiviti ziarah. Di depan Baitullah, saya mengadu pada Allah yang tak puas kerana hanya berkesempatan membuat umrah wajib sahaja.”

“Tak sempat nak buat tawaf sunat dan beriktikaf lama dalam masjid. Malah, saya juga lebih banyak solat dalam bilik. Hanya Allah sahaja yang tahu mengapa dan saya tak nak dedahkan. Saya bukanlah insan yang sempurna, bahkan juga seorang pendosa. Namun saya mohon kepada-Nya sebelum nyawa diambil, saya harap diberi peluang menyempurnakan rukun Islam kelima. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan saya masih tak percaya akan berangkat ke Makkah dalam tempoh secepat ini,” katanya.

Sedikit info mengenai Maimunah, pelakon kelahiran Johor ini pernah merangkul trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bagi ketegori Artis Komedi Wanita Popular selama lima tahun berturut-turut bermula edisi 1992 hingga 1996/1997. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.