Niat untuk kahwin lagi bukan sebab keinginan je, Datuk Red akui dalam keadaan standby kalau bekas isteri nak kembali rujuk

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu dalam keadaan standby sekiranya dua bekas isterinya iaitu Sharifah Nur Shafila dan Adira Suhaimi ingin kembali ke pangkuannya. Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, berkata, dia akan kekal menduda selagi dua bekas isterinya itu tidak bertemu jodoh dengan lelaki lain. “Selagi janda-janda saya tidak berkahwin, selagi itu juga saya tak akan kahwin. Maknanya saya dalam mode standby. Saya sentiasa menunggu tawaran mereka tetapi kalau mereka berkahwin lain, nak buat apa lagi?,” katanya.

Adnan memberitahu perkara itu sebagai menjawab pertanyaan pengikutnya di media sosial ketika muncul dalam video siaran langsung mempromosikan produk jualannya. Dalam pada itu, Adnan memberitahu niat untuk kembali berkahwin juga bukan semata-mata kerana keinginan sebaliknya lebih memikirkan tentang kehidupan di hari tua kelak.

“Saya ini fikir nak kahwin sebab untuk hidup, sakit dan pening di hari tua nanti. Takkan saya mahu menyusahkan anak-anak atau adik-beradik. Nak kahwin bukan lagi kerana keinginan,” jelasnya. Adnan melafazkan talak terhadap Adira, 33, yang merupakan isteri keduanya pada 23 April lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggerek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob, 2 tahun.

Sementara itu Adnan juga melafazkan talak satu terhadap Sharifah, 38, pada 14 Mei lalu dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Adnan juga mempunyai dua orang anak lain hasil perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga bersama Sharifah.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *