Baru sekarang nak mengelupur, Datin Shahida dedah sebelum ni dah pernah bagi peluang pada Melati

USAHAWAN Datin Seri Nur Shahida tampil membalas kenyataan bekas pembantu iaitu Melati yang mendakwa tidak memiliki sumber kewangan kukuh bagi melantik peguam susulan permohonan prosiding komital yang difailkan terhadapnya. Meragui kenyataan yang dibuat oleh Melati itu, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini memberitahu wanita berkenaan pernah diwakili peguam ketika berdepan kes saman fitnah sebelum ini. “Lepas dah kalah kes peguam pun hilang. Masa bicara kes dia ada peguam dan bukan calang-calang orangnya.

“Saya tak pasti mana perginya peguam dia dan kenapa hari ini (Khamis) dia tidak diwakili,” katanya. Shahida berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor memberi tempoh sebulan bagi Melati melantik peguam. Dia sebelum itu hadir di mahkamah bagi prosiding komital yang difailkan oleh Shahida dan juga suaminya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri.

Dalam masa sama, Shahida juga menegaskan pihaknya telah memberi ruang buat Melati untuk mengadakan perbincangan berhubung kes fitnah sebelum ini. “Ini bukan isu tiada pertimbangan. Saya pernah mesej peribadi bertanya kenapa dia buat begitu namun tiada respon. Masa dah dapat keputusan mahkamah dan dia diminta mohon maaf pun dia tidak buat. Lepas tindakan penjra kenapa baru menggelupur,” ujarnya.

Terdahulu, Melati ketika ditemu bual berharap agar kes berkenaan dapat diselesaikan antara mereka tanpa melibatkan mahkamah. Dalam perkembangan lain, mahkamah menetapkan 30 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan. Kes saman fitnah melibatkan Melati dan bekas majikannya bermula pada 2021 sebelum mahkamah memberi kemenangan kepada pihak Aliff pada Oktober 2023.

Susulan keputusan itu, pada 29 Mei lalu Melati tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida atas fitnah dilakukan kira-kira lima tahun lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *