Nak marah pun benda dah jadi, isteri selamba je basuh kereta Ativa kesayangan dengan span hijau cuci pinggan

BETUL┬ákata orang, kereta ibarat ‘isteri’ kedua bagi lelaki kerana ia akan dijaga dan dibelai dengan sebaik mungkin. Namun alangkah terkejutnya seorang lelaki ini apabila beberapa bahagian pada kereta Perodua Ativa berwarna biru miliknya dikesan mempunyai kesan calar. Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, Muhammad Hasif menunjukkan kesan calar berbentuk pusaran pada kenderaan kesayangannya itu.

“Apabila bini kau basuhkan kereta. Dia sental macam cuci periuk,” tulisnya pada ruangan kasyen video berkenaan. Sebagaimana dijelaskan, bekas calar tersebut berlaku disebabkan tekanan ketika menyental kereta tersebut. Menerusi komen balas kepada pengguna TikTok, Hasif berkata isterinya menggunakan span pencuci pinggan berwarna hijau untuk membasuh keretanya. Tambah Hasif, kereta itu sudah siap dicuci selepas dia pulang daripada kerja. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Hanna, dipercayai isteri kepada Hasif akhirnya tampil bersuara pada ruangan komen perkongsian suaminya. “Saya pakai span belakang yang (warna) hijau tu je. Aduh, tak tahu pula boleh jadi macam tu,” ujarnya ringkas. Walaupun bersimpati dengan apa yang berlaku, perkongsian Hasif bagaimanapun mengundang rasa terhibur warga maya dengan tindakan isterinya.

Malah ada yang mengusik kononnya ia sebagai tanda isterinya mahu menyampaikan mesej tertentu. “Abang ada buat salah dengan bini ke? “Cuba renung-renungkan balik bang sehari dua ni. Mungkin ada buat salah,” kata warganet lagi. Jika diteliti pada ruangan komen lagi, terdapat beberapa warganet turut berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi sama sebelum ini.

Dalam pada itu, ramai juga warganet yang meminta agar lelaki ini bersabar dengan apa yang sudah terjadi terhadap kereta tersebut. “Menangis tengok (kereta). Sabar la bang nak marah nanti dapur tak berasap pula. “Macam tu la kalau bagi perempuan basuh… bertabah la. “Bersabar je bro. Berterima kasih kepada isteri sebab sanggup cucikan kereta sampai berkilat,” ujar warganet memberi respon di ruangan komen.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.