PELAKON Ellie Suriaty menegaskan tidak timbul isu cemburu apabila bekas suaminya iaitu Azri Iskandar memutuskan kembali berumah tangga sebelum ini. Bahkan kata Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, dia sendiri membantu menguruskan persiapan majlis pernikahan Azri yang sepatutnya berlangsung dengan usahawan dikenali sebagai Datuk Noora Kay. “Kenapa saya perlu cemburu dengan mereka? Jika cemburu saya tidak bantu menguruskan perkahwinan mereka.
“Saya juga terkejut apabila dia (Noora) suruh saya tunggu di dewan untuk menyambut tetamu ketika ketika majlis pernikahan,” katanya ketika dihubungi. Ellie memberitahu Azri dalam keadaan tenang selepas cerita tidak jadi kahwin dengan Noora mendapat perhatian ramai. “Saya melihat dia (Azri) hanya bertenang. Saya boleh katakan dia sudah menerima keadaan ini dan tidak terlalu mengejar untuk berkahwin,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ellie tidak bersetuju dengan beberapa perkara ketika perbincangan berkaitan perkahwinan Azri dan Noora dilakukan dan menganggap ia berat sebelah. Baginya Noora juga tidak memahami kerjaya Azri sebagai seorang anak seni yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama. “Kami minta tangguh majlis sebab Azri sedang jalani penggambaran. Mungkin kesibukan Azri menyebabkan Noora ambil keputusan putuskan hubungan mereka.
“Perbincangan kedua-dua belah pihak telah diadakan, namun bagi saya ia lebih kepada kena dengar cakap dia. Banyak perbincangan lebih ke arah Noora. Kami tidak setuju dengan permintaan jemputan hanya 150 orang. Ini bukan malam gala tayangan filem. Saya ini seorang pemain industri kreatif… kita mencipta drama namun dalam kehidupan sebenar saya tidak suka drama,” ujarnya. Sementara itu, Noora dalam temu bual sebelum ini memberitahu dia dan Azri masih mengekalkan hubungan baik meskipun hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama tidak kesampaian.
Noora merupakan seorang usahawan yang juga ibu tunggal yang memiliki dua orang cahaya mata. Azri dan Ellie pula berpisah talak satu pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun hidup bersama. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.