Muat naik gambar mesra dengan suami, sekali Umisya Mazlan punya kapsyen pula yang jadi perhatian warganet


Madu kepada pempengaruh, Marissa Dania, Umisya Mazlan sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet. Menerusi perkongsian di Instagram, Umisya telah memuat naik foto mesranya bersama suaminya, Aslam diiringi kapsyen yang menekankan tentang kebenaran. “Ternyata, kebenaran dilahirkan untuk disalahkan. Keutuhan diciptakan untuk dipatahkan. Supaya apa? Supaya manusia tak lupa kalau mereka manusia,” tulisnya.

Tertarik dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya telah memberikan pelbagai respons di ruangan komen. Malah, ada sesetengah warganet turut mendoakan agar Umisya terus berbahagia bersama suaminya, Aslam. Terdahulu, industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa menjadi penyebab pergolakkan rumah tangga Umisya dan Aslam, pada September tahun lalu. Lebih mengejutkan lagi, Marissa turut dikhabarkan sudah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.