Pernah alami sakit misteri lepas bapa pergi menghadap illahi, Aeril Zafrel dedah 10 barang pelik keluar daripada badan

PELAKON dan usahawan Aeril Zafrel mendedahkan dia pernah mengalami sakit misteri selepas pemergian bapanya pada tahun 2010. Aeril atau Suhairil Sunari, 36, berkata, disebabkan perkara itu juga dia terpaksa memperlahankan karier seni kerana kesihatannya terjejas teruk. Imbaunya, ketika itu dia akan mengalami kesakitan pada seluruh badan apabila tiba waktu senja sebelum mengambil keputusan mendapatkan rawatan secara Islam bagi memulihkan keadaannya.

“Kehidupan sebelum apa saya jadi sekarang dan kenapa saya kurang berlakon selama ini semuanya bermula selepas bapa saya pergi menghadap illahi. Saya sakit… Selepas waktu Maghrib sahaja saya akan mengalami sesak dada. Saya pergi berubat dan macam-macam benda yang keluar daripada badan saya,” katanya. Aeril berkongsi mengenai penderitaannya itu ketika muncul dalam sesi podcast bersama Sera Podcast.

Bercerita mengenai rawatan yang dibuat, pelakon filem Abnormal Buas itu mendedahkan pelbagai benda seperti dawai, paku, pisau dan pasir keluar daripada badannya. Kata Aeril, dia sendiri tidak pernah membayangkan bagaimana benda-benda tersebut boleh masuk di dalam badannya namun bersyukur keadaannya kembali pulih selepas itu. “Apa saja yang tak keluar… Dawai, paku, kemenyan, setanggi, pisau dan pasir. Lebih daripada 10 barang!

Saya pun tak pernah bayangkan benda-benda ini, macam mana ia boleh berada dalam badan tapi Alhamdulillah ia berjaya dikeluarkan,” ujarnya. Walaupun masih terniang-niang keperitan terkena penyakit misteri, namun Aeril memberitahu pengalaman itu sangat membantu jika dia berlakon filem atau drama genre seram. “Apabila melalui proses berubat, ‘benda itu’ dekat dengan saya. Jadi saya faham perubatannya macam mana. “Ada watak macam ini saya dah boleh faham sebab sudah melaluinya. Saya sudah berdepan dengan makhluk-makhluk yang cuba menyakitkan saya.

Ia bukan lagi perkara asing buat saya,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *