Tindakan bekas isteri sengaja tutup periuk nasi, terkejut bila Hafidz Roshdi selamba je gelar Shuhada dengan gelaran Janda Penipu

Pelakon Hafidz Roshdi gelar Shuhada yang merupakan bekas isterinya ‘janda penipu’ dan diminta untuk memberikan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan. Sebelum ini, Shuhada atau nama lengkapnya Nurul Shuhada Mat Shukri mendakwa Hafidz menyebar dokumen mahkamah berkaitan kes mereka di media sosial. Tidak berdiam diri, aktor berusia 30 tahun itu tampil bersuara dan mendakwa tuduhan yang dibuat oleh bekas isterinya adalah palsu. Malah, dia sendiri tidak pernah terfikir untuk bertindak sedemikian.

Hafidz dalam hantaran di Instagram Story mendakwa bekas isterinya seorang ‘janda penipu’ selain meminta Shuhada mengemukakan bukti. “Saya minta Shuhada kemukakan bukti saya sebarkan dokumen mahkamah. Jangan reka-reka cerita, jangan tuduh, fitnah saya. Saya mahu dia kemukakan bukti. Mana buktinya? Saya tidak tahu apa yang dia maksudkan saya sebarkan dokumen mahkamah. Tiada bukti saya buat benda itu. Mungkin ada baca dekat mana-mana orang cakap fasal dia, itu orang lain cakap, bukan saya.

Saya memang tidak pernah terfikir nak sebarkan apa-apa. Saya pun tidak mahu ada hubung kait dengan dia lagi,” katanya. Hafidz juga memberitahu, pihak polis hanya meminta dia menurunkan hantaran yang dibuatnya pada Rabu iaitu video ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai ‘sebar aib’ di Instagram. “Benda itu sebenarnya tiada pengakuan pun, saya tidak mengaku pun (kepada polis) saya sebarkan. Polis telefon adalah untuk turunkan semua benda mengenai dia sahaja. Contohnya yang saya muat naik fasal ceramah Ustaz Azhar, pasal jangan sebarkan aib. Itu sahaja yang saya padam,” ujar Hafidz Roshid.

Dalam pada itu, Hafidz turut mendakwa tindakan bekas isterinya dengan melakukan pelbagai dakwaan berkenaan dirinya seakan-akan mahu sabotaj dirinya dengan cara menutup periuk nasi. “Saya rasa dia buat itu untuk tutup periuk nasi. Benda ini berlaku bila saya beritahu media yang saya sudah dapat tawaran berlakon. Dan kemudian esoknya dia keluarkan cerita fasal saya. “Saya rasa pendedahan ini adalah sabotaj dan cara untuk menjatuhkan saya,” dakwanya. Maklum Hafidz, dia juga sudah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada pagi Rabu supaya bekas isterinya tidak lagi terus menyebarkan fitnah terhadapnya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.