Tak sangka rupanya lelaki yang tular gduh dengan tauke kedai jaguh karate, akui cuma waktu kejadian dia tak sedarkan diri

Sejak beberapa hari lalu, video lelaki gdh one by one tular di media sosial apabila warganet merasakan ia seperti satu adegan di dalam filem-filem. Susulan daripada tularnya video berkenaan, lelaki yang terus dihempuk tauke kedai telah tampil bersuara menjelaskan keadaan yang berlaku dari pihaknya. Dia yang membuat video menggunakan bahasa Tamil memaklumkan yang dirinya mempunyai tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri karate. Klik sini untuk lihat video.

Walaupun ramai yang tidak faham dengan video penjelasan yang dimuat naik satu akaun TikTok dikenali sebagai prabu_360_, apa pihak dari platform X telah memberikan terjemahan berkenaan apa yang diperkatakan lelaki terbabit. Lelaki itu juga sempat memohon maaf kerana berada dalam keadaan mabuk sewaktu pergaduhan tersebut. “Dia kata 13 tahun dulu dia ada problem dengan abang Cina tu, sekarang jumpa gaduh balik. Dia ni black belt karate, abang Cina tu black belt taekwondo. Dia minta orang jangan buat lawak pasal dia. Dia minta maaf pasal mbk, tu je,” tulis seorang lelaki.

Dalam pada itu, video lelaki India berkenaan sedang berlatih karate juga telah tular di media sosial apabila dia mempamerkan pergerakan seni mempertahankan diri terbabit. Dapat dilihat lelaki berkenaan memakai baju khusus untuk latihan karate berserta tali pinggang hitam terikat di pinggangnya. Walau bagaimanapun, kesahihan penjelasan daripada pihak lelaki terbabit tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana mungkin ada kisah lain disebalik pergaduhan yang tercetus. Klik sini untuk lihat video.

Terdahulu, video pergdhan antara tauke kedai dengan seorang lelaki telah menjadi perhatian ramai di media sosial sehingga beberapa parodi berkenaan kejadian tersebut dimuat naik di TikTok. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *