Kongsi rutin mandi bersama setiap malam, Dini Schatzmann akui rutin tu yang menjadi penguat kepada hubungan sepanjang berumah tangga

Pelakon Dini Schatzman kongsi rutin mandi bersama Janna Nick serta solat menjadi penguat kepada hubungan mereka sepanjang berumah tangga. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Dini telah memuat naik satu video pendek sempena sambutan hari ulang tahun perkahwinan pertama mereka yang berlangsung pada Ahad. Menurut Dini, walaupun mereka sering berkongsi momen bersama di media sosial, namun sebenarnya banyak lagi kisah lain dalam perkahwinan mereka yang tidak dikongsi kepada umum.

“Banyak momen dalam kehidupan kita yang kita rakam dan kongsi kepada orang ramai. Tapi ada lebih banyak momen-momen yang orang tak nampak, yang kita tak kongsi,” katanya. Pada masa yang sama, Dini turut berkata rutin kegemaran mereka yang tidak dikongsi kepada umum adalah mandi dan solat bersama setiap malam.

“Rutin kegemaran saya yang tak dikongsi dengan orang lain adalah rutin mandi bersama Janna setiap malam. Bila balik rumah walaupun salah seorang daripada kita dah lama balik, kita akan tunggu each other untuk mandi sama-sama. Lepas mandi kita akan solat dan saya kena sikat rambut awak sebelum kita tidur. Saya rasa itu rutin yang sangat baik untuk kita,” kongsinya.

Pelakon berusia 30 tahun itu juga meluahkan sekiranya mereka terlepas untuk melakukan rutin tersebut, dia akan berasa malamnya tidak lengkap. Dalam pada itu, Dini turut berkongsi kenangan menunaikan umrah di Tanah Suci merupakan detik terindah yang sukar untuk dia lupakan. “Kenangan kegemaran saya dengan awak adalah tunaikan umrah bersama-sama. Bila kita bincang bulan madu di mana, awak yang rancang untuk ke Tanah Suci.

“Awak yang cadangkan umrah sebab saya tak pernah pergi lagi. Saya rasa pengalaman ke Tanah Suci sangat bermakna buat saya lebih dari yang awak tahu. Selain dapat ke sana dengan awak tapi ia juga merupakan perkara yang terbaik untuk permulaan rumah tangga kita,” luahnya. Sementara itu, Dini turut menyuarakan rasa bangga terhadap Janna kerana dia merupakan seorang wanita yang bijak menyusun rancangan untuk masa depan yang lebih baik.

“Saya juga sangat suka dengan sifat awak yang suka bermimpi, membayangkan mimpi itu jadi kenyataan dan awak suka rancang untuk masa depan yang lebih baik. Awak rancang benda itu bukan untuk diri awak sendiri tapi untuk kita dan saya sangat suka momen bila kita bincang tentang apa yang kita boleh buat untuk masa depan yang lebih baik,” ujarnya.

Dini turut berkongsi disebabkan cita-cita Janna yang mahu menyambung pelajaran, dia juga mahu mengikut jejak isteri tercintanya itu walaupun aktor itu kurang gemar belajar. “Awak nak sambung belajar dan saya sokong awak sepenuhnya. Saya nak awak sambung belajar dan saya pun nak sambung pelajaran walaupun saya tak suka belajar. Awak buat saya nak jadi lebih baik dan itu adalah apa yang awak ubah dalam diri saya. Selalu rancang apa yang kita boleh buat untuk masa depan kita dan saya sangat kagum dengan perkara itu. Awak dah ubah saya untuk menjadi lelaki yang lebih baik yang saya tak pernah terbayangkan sebelum ini,” katanya.

Sekadar info, sambutan ulang tahun perkahwinan pertama Dini dan Janna diadakan di sebuah hotel di Putrajaya pada Ahad dan dihadiri rakan selebriti. Terdahulu, pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan di sebuah resort di Langkawi pada 10 Jun tahun lalu secara tertutup.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *