Muaz Zabir akui kontroversi dengan Bella Astillah buat nama semakin dikenali, tapi ini pula nasihat dari ibu

NAMA terpalit mempunyai hubungan dengan Bella Astillah, pelakon Muaz Zabir mengakui kontroversi tersebut membuatkan dirinya semakin dikenali ramai. Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, 27, bagaimanapun tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu jalan pintas untuk dia membina nama dalam dunia lakonan. “Kontroversi ini memang sedikit sebanyak buatkan orang kenal nama saya tapi bukanlah dalam keadaan yang baik. Jadi, saya nak elakkan kontroversi ini jadi keruh, lebih baik saya diamkan diri.

Saya takut dengan kontroversi ini sebab banyak produksi yang tidak akan ambil pelakon bermasalah atau terbabit dengan kontroversi. Tetapi Alhamdulillah saya bersyukur dan saya yakin kalau kita baik dan beri komitmen kepada kerjaya, InsyaAllah kita akan dipanggil dan akan ada tawaran (berlakon),” katanya. Dalam masa sama, Muaz berkata, disebabkan kejadian tersebut, terdapat beberapa jenama yang ingin berkolaborasi dengannya terpaksa ditunda.

“Untuk lakonan, Alhamdulillah tiada (dibatalkan) tetapi ada beberapa jenama yang ditunda sementara disebabkan kontroversi ini tengah panas,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.