Titipkan nasihat untuk anak dan menantu, Zainol MacWilson tak sabar nak jumpa dengan cucu

Pelakon Zainol MacWilson luah rasa syukur apabila anak perempuannya iaitu Zahirah MacWilson selamat melahirkan anak kedua pada 31 Mei lalu. Ujar Zainol atau nama sebenarnya Zainol Mohd Johari Macwilson, dia tidak sabar untuk bertemu dengan keluarga aktres tersebut. “Saya bersyukur memiliki Zahirah, menantu saya, Aiman dan cucu-cucu yang sangat comel. Tak sabar nak sambut kalian pulang!” Katanya.

Pelakon yang berusia 66 tahun itu berkata sedemikian menerusi sebuah komen yang ditinggalkan dalam satu hantaran di Instagram Zahirah. Bukan itu sahaja, Zainol turut menitipkan nasihat kepada Zahirah dan menantunya, aktor Aiman Hakim untuk berwaspada dengan manusia berfikiran toksik.

“Sentiasa berhati-hati dan dengan orang toksik (mereka ada dimana-mana). Semoga Allah berkati kamu kak (Zahirah), Aiman dan dua cucu-cucu saya Amin,” ujarnya. Untuk pengetahuan semua, Zahirah melahirkan cahaya mata kedua di Perth, Australia dan diberi nama Inara Raisa. Sekadar info, Zahirah adalah anak sulung kepada Zainol hasil perkahwinan bersama Maslinda Yusof. Bagaimanapun, mereka telah bercerai pada November 2016.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *