Nafi bagi nafkah RM100 dekat anak anak, Hafidz Roshdi akui bagi nafkah 20 peratus dari hasil pendapatan dia

Pelakon Hafidz Roshdi bayar nafkah ikut kemampuan dan sekali gus menafikan dakwaan bekas isteri, Nurul Shuhada yang menyatakan dia mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa. Muhammad Hafidz Roshdi berkata, dia menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan dia membayar nafkah terhadap anak-anak mengikut kemampuan berdasarkan pendapatan yang diperoleh. Ujar aktor berusia 30 tahun, dia tidak akan bersikap kedekut, sebaliknya akan bayar nafkah lebih jika mampu berbuat demikian.

“Saya bayar ikut kemampuan, kalau ada lebih, saya bayar lebih, saya tak kedekut,” katanya. Jelas pelakon drama Mr. Donut Karamel, dia akan membayar 20 peratus daripada hasil pendapatannya untuk nafkah anak-anak. Dalam pada itu, Hafidz turut menafikan dakwaan bekas isteri yang mengatakan dia hanya membayar nafkah sebanyak RM100 bagi setiap transaksi. “Misal kata saya ada RM5,000, saya akan beri RM1,000 kepada bekas isteri untuk nafkah anak-anak. Apa yang dikatakan Shuhada yang saya membayar RM100 sahaja setiap transaksi adalah tidak benar. Namun saya tidak akan beritahu jumlah tersebut memandangkan ia adalah sulit,” katanya.

Katanya lagi, dia juga tidak pernah lagi culas membayar nafkah kepada anak-anak termasuk lambat membuat pembayaran pada setiap bulan. Dalam pada itu, Hafidz turut menafikan hashtag Janda Pemfitnah ditulis olehnya di media sosial ditujukan kepada bekas isteri. “Saya tak tuju kat dia. Banyak lagi janda-janda di luar sana. Bersepah janda, janda baik ada,” jawabnya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *