Muat naik gambar dengan adik beradik, ramai yang terkejut bila tengok Nelydia Senrose dah tak bertudung

Perkongsian di Instagram Story milik pelakon Uqasha Senrose mencuri perhatian apabila dia memuat naik foto memperlihatkan adiknya, aktres Nelydia Senrose tidak lagi mengenakan tudung. Menerusi hantaran tersebut, Uqasha berkongsi foto bersama dua adik-beradiknya yang juga pelakon iaitu Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose yang dipercayai diambil ketika berada di sebuah restoran. Bagaimanapun, apa yang menyorot perhatian adalah penampilan Nelydia yang tidak mengenakan hijab dalam foto tersebut.

Nelydia yang mengenakan baju berona coklat dilihat tersenyum sambil meletakkan kepada di atas bahu Raysha. Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Uqasha turut berkongsi foto bersama beberapa ahli keluarga yang lain. Namun, penampilan Nelydia masih sama iaitu tidak berhijab. Imbas kembali, Nelydia mula berhijab pada pehujung tahun 2021. Bagaimanapun, aktres itu pernah memberitahu bahawa dirinya berasa risau sekiranya iman tidak kuat dan khuatir jika kembali dengan imej lama. Menerusi pemerhatian, Nelydia masih membiarkan beberapa perkongsian lama di Instagram miliknya yang memperlihatkan dia tidak bertudung.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.