Bukan hanya goyang kaki, Fatin Afeefa luah rasa bangga sebab suami tunjukkan usaha cari pendapatan lain lepas tinggalkan forex

PELAKON¬†Fatin Afeefa berasa bangga dengan usaha ditunjukkan suaminya iaitu Aliff Awang mencari pendapatan selepas setahun tinggalkan aktiviti pelaburan mata wang asing atau forex. Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, berkata, sepanjang tempoh itu Aliff bukan hanya duduk goyang kaki di rumah sebaliknya menjalankan beberapa jenis perniagaan bagi menghasilkan pendapatan. “Sebagai isteri saya bangga dengan suami sebab dia ada usaha dan ini yang saya mahukan.

Dia tahu ada tanggungjawab perlu dipikul dan berusaha buat bisnes untuk cari pendapatan daripada hanya mengeluh tiada pekerjaan atau reda dengan situasi,” katanya. Berkongsi mengenai perniagaan personaliti media sosial itu, Fatin memberitahu Aliff atau Opai bakal mengeluarkan jenama minyak wanginya sendiri tidak lama lagi. Kata Fatin sejak enam bulan lalu Aliff sibuk melakukan kajian dan pembangunan (R&D) produk sebelum melancarkannya di pasaran.

“Sejak enam bulan lalu setiap hari dia dekat pejabat cuba menghasilkan minyak wangi baru daripada ‘inspired perfume’. Sampai sekarang masih dalam peringkat R&D sebab dia seorang yang mementingkan kesempurnaan. Jadi selagi tak sempurna dia tak akan menjualnya,” kongsinya. Fatin memberitahu selain minyak wangi, Aliff juga mempunyai beberapa perniagaan lain yang tidak didedahkan kepada umum.

Untuk rekod, Fatin dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 30 Disember 2022. Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Adam Shahz atau Nor Shah Azli Abdol Ghani pada Disember 2013 namun mereka berpisah pada 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia 9 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.