Pelakon Redza Rosli belum terfikir mahu menimang cahaya mata buat masa sekarang atas sebab dia menerima banyak tawaran untuk berlakon. Memetik laporan, Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli berkata dia mahu mengutamakan kariernya terlebih dahulu memandangkan jadualnya amat ketat selepas majlis pernikahannya. “Soal cahaya mata, itu semua saya serah pada Allah tentukan, bila tiba masanya. Buat masa ini saya fokus pada karier saya sebagai seorang pelakon.
Saya belum terfikir soal cahaya mata kerana selepas majlis pernikahan, jadual saya sangat padat. Banyak benda yang perlu saya utamakan. Minggu depan saya sibuk dengan sebuah drama adaptasi novel yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Setakat ini masih belum ada perbincangan apa-apa dan saya akan update di media sosial saya,” katanya.
Redza ditemui bersama isterinya, Bella Hanna pada program khidmat masyarakat (CSR) School Activation sempena Sambutan Ulang Tahun TV3 Ke-40 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Keroh, Melaka pada Khamis. Dalam pada itu, Redza turut meluahkan rasa syukur atas kehadiran Bella dalam hidupnya kerana dia akan menemani aktor itu ke mana sahaja. Menurutnya, sebelum ini dia tidak mempunyai pengurus atau pembantu peribadi namun seringkali bergerak secara solo sebelum kehadiran isterinya.
“Sejak menjadi pelakon saya bergerak secara solo kerana semua urusan saya uruskan sendiri. Alhamdulillah bila sudah bergelar suami saya ajak Bella untuk bersama saya,” luahnya. Terdahulu, Redza telah melangsungkan perkahwinannya dengan aktres dan hos Hlive! iaitu Bella Hanna atau Farhana Nabila Rosman di Cheras, Selangor pada 21 Jun lalu.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.