GARA-GARA bengang dengan watak Sally menerusi drama Aku Bukan Ustazah, warganet mengutuk rupa paras pelakon Haneesya Hanee di media sosial. Kecewa rupa parasnya dihina, Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 24, meminta orang ramai tidak terlalu terbawa-bawa dengan perasaan marah dengan watak tersebut sehingga tergamak menghina wajahnya. “Saya faham awak semua sakit hati dengan Sally… tapi itu Sally, bukan saya. Kalau nak menghina pun agak-agaklah.
“Tapi tinggalkan komen-komen negatif seperti ini sia-sia, buat dosa. Tak perlu!,” katanya. Haneesya berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan komen seorang warganet menghina warna kulitnya. “Ingat lelaki suka gelap-gelap ke?” komen warganet berkenaan. Menurut Haneesya, penonton sepatutnya mengambil pengajaran yang terdapat di dalam drama berkenaan bukan menyerang hal peribadi berkaitan pelakon.
“Cerita Aku Bukan Ustazah ini best. Saya yang berlakon ini pun boleh cakap cerita ini seronok dan banyak pengajaran yang boleh kita belajar. Dari cerita yang korang tengok boleh dapat pengajaran dan pahala, buat benda baik.” “Cuma tengok dan hayati sahaja tak perlu menghina orang sampai tahap macam ini atau menyerang perkara peribadi pelakon,” ujarnya.
Dalam pada itu, Haneesya memberitahu dia membaca setiap komen ditinggalkan warganet berkaitan wataknya di dalam drama tersebut. Malah dia juga tidak kisah jika rupa parasnya disamakan dengan pelbagai watak kartun. “Sebenarnya saya baca setiap komen dan macam-macam kata saya Barbie, Aisha Winx club, Esmeralda dark skin mode macam-macam lagi. Ada yang kata tengah tengok Sally dark mode… Saya tak kisah kalau korang rasa perkara itu menyeronokkan, teruskan,” luahnya.
Drama Aku Bukan Ustazah turut dibintangi oleh Zahiril Adzim Erysha Emyra, MK, Shaza Bae dan ramai lagi. Ia sedang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7.30 malam. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.