ISU bli dalam kalangan pelajar sekolah mahupun penuntut di universiti kembali diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini. Perkara itu juga membuatkan ramai ibu bapa berasa takut memasukkan anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh disebabkan bimbang mereka akan menjadi mangsa bli. Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel juga tidak merancang menghantar anak-anaknya ke asmara namun bukan disebabkan bimbang mereka dibuli.
Sebaliknya kata Aeril atau Suhairil Sunari, 36, dia tidak rela berjauhan dengan anak-anak selain mahu melihat mereka membesar depan matanya. “Sebenarnya masuk asrama ni ada bagusnya untuk anak-anak lebih fokus dalam pelajaran. Tapi macam saya nak lebihkan masa saya dengan mereka sebab saya nak tengok mereka membesar depan mata saya sendiri. Budaya buli bukan hanya di asrama sahaja, sekolah biasa pun ada berlaku,” katanya.
Aeril berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa pelancaran kolaborasi Coolblog X Wawa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Sabtu. Pelakon filem Buas itu berkata, dia sanggup bangun awal pagi untuk menghantar anaknya ke sekolah meskipun mampu mengupah pemandu untuk melakukan tugas tersebut. Kata Aeril, momen seperti itu tidak akan dapat dirasainya jika anak-anaknya sudah besar atau masuk ke sekolah berasrama.
“Saya sanggup bangun 6:30 pagi sebab nak ada momen hantar anak pergi sekolah. Walaupun saya boleh sahaja upah sesiapa minta hantarkan tapi pada saya itu sahajalah momen saya dengan mereka, dah besar nanti tiada dah perkara macam itu,” ujarnya.
Sementara itu, Aeril memberitahu peranan ibu bapa di rumah sangat penting bagi megurangkan gejala buli di sekolah.
Ini termasuk mengingatkan mereka tentang budaya tersebut adalah salah selain mendidik mereka dengan nilai-nilai murni agar peribadi mereka dapat dibentuk.“ Peranan utama pada ibu bapalah supaya mengingati anak-anak selalu supaya tidak terlibat dalam gejala buli, karma itu ada,” katanya. Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.
Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun. Dalam perkembangan lain, kolaborasi Wawa bersama Coolblog mahu menyampaikan mesej mencintai diri sendiri dan kecantikan dari dalam.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.