Puteri Sarah Liyana baru je dapat anugerah ikon ibu tunggal, sekali ada pula warganet yang mula pertikaikan

Baru-baru ini pelakon, Puteri Sarah Liyana menerima Anugerah Khas Ikon Ibu Tunggal dalam sebuah Majlis Pelancaran dan Malam Anugerah MommyHana. Bagaimanapun, pemilihan Puteri Sarah sebagai ikon ibu tunggal telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata kurang berpuas hati. Menjengah ke ruangan komen di Instagram sebuah portal, warganet meluahkan pendapat mereka dengan menyatakan bahawa terdapat ramai lagi ibu tunggal yang layak menerima anugerah tersebut berbanding Puteri Sarah.

Antara nama yang dicadangkan oleh warganet adalah pelakon Rita Rudaini, berikutan aktres itu dikatakan sudah lama bergelar ibu tunggal selain kecekalannya dalam menguruskan anak-anak. “Perjalanan hidup Rita dan anak-anak lagi sadis. Saya suka je dengan Puteri Sarah, tapi kalau ikon tu Rita Rudaini lagi layak. Dah lama semua nampak dia seorang ibu tunggal yang hebat. Anak-anak dijaga dengan baik. Tapi tu la orang cakap rezeki tak pernah salah alamat.” “Kalau saya, saya pilih Rita, terlalu bagus dan sangat ikonik. Didik anak semua menjadi.”

Dalam pada itu, tinjauan mendapati, bekas ibu mentua Puteri Sarah iaitu Patimah Ismail turut meninggalkan komen sebagai tanda sokongan terhadapnya. “Puteri Sarah layak atau tidak segalanya atas izin Allah!”. Difahamkan pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin tersebut, meraih anugerah berkenaan kerana memberi impak positif kepada masyarakat.

Untuk info, selain Puteri Sarah, pasangan selebriti Nad Zainal dan Engku Ismail turut menerima anugerah khas pada majlis tersebut. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.