Terkilan dengan tindakan bomoh, ibu Zulfarhan berharap bomoh tersebut dapat balasan yang setimpal

UMUM mengetahui pemergian menyayat hati Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain berpunca apabila namanya disebut oleh seorang ‘bomoh’ dalam cubaan mengesan pencuri komputer riba (laptop) milik salah seorang pelajar. Terbaharu, ibu kepada bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu iaitu Hawa Osman berkata dia cukup terkilan dengan tindakan ‘bomoh’ itu hingga membawa kepada pemergian anaknya tujuh tahun lalu.

Menerusi video tular di TikTok, Hawa berharap individu berkenaan yang juga bapa kepada salah seorang pelaku menerima balasan dan hukuman setimpal seperti arwah anaknya. “Saya memang geram dengan bomoh tu. Saya berdoa kepada Tuhan, moga Allah bagi hukuman (supaya) dia juga ada kesan tekapan-tekapan (seterika wap). Biar dia rasa bagaimana anak saya rasa,” ujar wanita berusia 61 tahun itu.

Menurut Hawa lagi, tindakan ‘bomoh’ itu membuat tuduhan secara nyata terhadap anaknya sehingga menyebabkan pemergian adalah satu perbuatan tidak sepatutnya berlaku. Malah katanya sebagai umat Islam kita sepatutnya memohon petunjuk daripada Allah dan bukannya mengharapkan bantuan ‘bomoh’ semata-mata. “Bomoh ini kata dia sembahyang hajat menggunakan barang dan kononnya ada nama arwah (Zulfarhan) tentera.

Selama ini kalau orang pergi jumpa bomoh, bomoh tu hanya akan kata (beri petunjuk) saudara atau orang terdekat sahaja. Tak cakap pun nama,” ujarnya. Susulan itu Hawa berharap agar ‘bomoh’ berkenaan segera bertaubat dan tampil memohon maaf kepada mereka sekeluarga kerana menjadi salah satu punca yang membawa kepada pemergian Zulfarhan. “Saya berharap bomoh tu bertaubatlah. Kalau boleh dia datang jumpa kami dan buat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, pada Selasa lalu enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mti oleh Mahkamah Rayuan kerana didapati mmbnh Zulfarhan, tujuh tahun lalu. Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang kesemuanya kini berusia 28 tahun.

Keputusan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sumber: Mstar.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.