SUDAHÂ menjadi lumrah setiap ibu mengandung pasti akan melalui fasa alahan dan mengidam. Begitu juga dengan pelakon Datin Intan Najuwa yang turut berdepan proses sama seperti ibu hamil yang lain. Terbaharu Intan dilihat begitu menggemari minuman teh susu daripada sebuah jenama dari Thailand.
Perkongsian Intan itu bagaimanapun mengundang kebimbangan peminat yang risau jika kandungan pewarna dalam minuman itu boleh memudaratkan kesihatan ibu mengandung. Menjawab mesej dihantar peminat itu, Intan berkata dia masih mengambil berat mengenai pemakanan dan sering mendapatkan nasihat doktor. Katanya lagi, minuman itu bukanlah selalu dinikmati dan hanya sekadar ingin memenuhi seleranya ketika mengidam ini.
“Saya tahu jaga kesihatan saya, saya pun selalu dapatkan doctor dan keluarga. Saya pun makan secara sihat cuma nak rasa sesuatu yang lain sahaja. Lagipun saya jarang minum air teh macam itu, saya cuma minum bila saya nak sahaja. Biarkanlah saya penuhi apa yang mengidam, kadang-kadang kita nak juga rasa apa yang kita biasa makan atau minum,” katanya menerusi hantaran di InstaStory pada Isnin.
Dalam pada itu, pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang prihatin dengan keadaan dirinya. Namun dalam masa sama dia meminta mereka tidak memberikan komen terhadap apa jua makanan yang dinikmati sepanjang tempoh hamil ini. “Terima kasih kerana ambil berat tapi biarkan kami ibu mengandung ini makan apa yang kami nak. No need to be a buzzkill” jelasnya. Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu. Intan sebelum ini berkongsi khabar gembira dia sedang hamil anak pertama pada 18 Julai lalu.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.