Ada yang cakap dia kongsikan berita kehamilan terlalu awal, tak boleh berdiam sekali ini pula respon dari Intan Najuwa

Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa tampil memberikan respon terhadap dakwaan seorang individu yang mengatakan dirinya terlalu awal berkongsi mengenai berita kehamilannya kepada orang ramai. Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid ini memuat naik hantaran Direct Message (DM) yang dihantar seorang individu kepadanya. Menurut individu tersebut, Intan sepatutnya tidak terbuka berkongsi mengenai kehamilan kerana khuatir perkara yang tidak diingini berlaku di masa akan datang.

“Assalammualaikum, hai Intan, not to be toxic tapi saya hanya ambil berat mengenai kehamilan awak.”Assalammualaikum, hai Intan, not to be toxic tapi saya hanya ambil berat mengenai kehamilan awak. Kalau masih dalam dua hingga tiga bulan, sebaiknya jangan ‘expose’ dulu. Kehamilan ini adalah satu perkara yang awak tak boleh kongsikan sewaktu bayi masih berusia beberapa minggu atau bulan. Saya faham excited sebab anak pertamakan tetapi ada beberapa kawan saya bila kongsikan terlalu awal, mereka kemudiannya mengalami keguguran.”

Tambah individu tersebut, pendapatnya itu dikeluarkan berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui orang sekelilingnya. “Ni dari pengalaman kawan-kawan saya yang dah kawin. Sebab itu ramai orang sembunyikan kehamilan mereka daripada orang awam dan hanya keluarga sahaja yang tahu untuk keselamatan baby.” Tidak berdiam diri, Intan tampil menjelaskan bahawa usia kandungannya sudah pun memasuki trimester kedua.

“Dan of course, saya tahu bila waktu yang sesuai untuk umumkan. Saya dan suami pun ada ibu bapa, keluarga yang lebih tahu dan mereka pun sudah tentu bagi nasihat apa yang patut dan apa yang tak patut. Jadi semua benda yang kami buat, sudah tentu kami dah plan siap-siap dan tahu buruk dan baiknya. Kita pun dah ‘consult’ dengan doktor dan bila doktor kata ini adalah masa yang sesuai jadi barulah saya ‘announce’. Saya dah masuk 2nd trimester dah pun, alhamdullilah.”

Di akhir hantaran, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Kekasih Paksa Rela’ ini memohon orang ramai untuk tidak mendoakan perkara yang negatif sebaliknya mendoakan yang terbaik mengenai kehamilannya. Terdahulu, Intan akhirnya mendedahkan dia kini sedang hamil anak pertama menerusi hantaran di IG. Menerusi hantaran tersebut, Intan memuat naik foto suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman yang jelas menunjukkan baby bump pada perutnya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.