Lelaki akan cepat rimas, Misya Mazlan akui tidak akan hubungi suami ketika giliran bersama Marissa Dania

PERSONALITI┬ámedia sosial Misya Mazlan tidak akan berhubung dengan suaminya ketika giliran bersama madunya iaitu Marissa Dania. Misya atau Umisya Mazlan, 25, berkata, dia hanya akan menghubungi suaminya iaitu Ahmad Aslam sekiranya ada urusan penting. Jika tiada sebarang urusan, Misya lebih senang mengambil sikap tidak ambil peduli kerana bimbang Aslam berasa rimas. “Giliran sana (Marissa) atau giliran sini, abaikan sahaja. Lelaki ini cepat rimas.

Kalau saya tidak mahu berfikir yang bukan-bukan, saya tidak akan hubungi Aslam. Itu tip saya, tidak hubungi atau tengok apa-apa. Abaikan. Tapi sekiranya saya nak keluar, saya beritahu. Kalau tak, memang saya tak hubunginya sebab tak suka kalau telefon nanti saya rasa macam nak tanya bukan-bukan,” katanya.

“Tapi kalau macam saya nak keluar, saya beritahu dialah. Kalau tak, memang saya tak hubungi dia sebab saya tidak suka sebab kalau contact nanti saya rasa macam nak tanya bukan-bukan,” katanya. Misya berkongsi perkara itu ketika melakukan siaran langsung menerusi TikTok miliknya. Menerusi rakaman video yang dimuat naik semula, Misya dilihat membaca komen warganet yang sering kali menyebut nama Marissa dalam sesi siaran langsung itu.

Jelas Misya dia mengambil tindakan untuk tidak selalu berhubung dengan suami adalah kerana untuk menjaga emosi. Tambahnya lagi, dia juga berasa kurang senang apabila sering dibandingkan dengan Marissa dan sedar akan kesan yang perlu diambil ketika bersetuju hidup berpoligami. “Untuk mengelakkan emosi dan pergaduhan, tak perlu tanya. Tip untuk mengawal emosi bila mana kita memilih untuk stay jadi kita kena terimalah kesan dan akibatnya. Tapi tengok keadaan jugalah, setakat ini tidak ada yang mengalah. Buat apa saya nak mengalah. Kita buat tak tahu, abaikan, abaikan dan abaikan.

Saya pun tidak tahu kenapa perlu membanding-bandingkan sebab saya adalah saya dan dia adalah dia. Tak perlu nak bandingkan kami,” ujarnya. Misya bagaimanapun terbuka untuk berkongsi pengalaman dan tip untuk hidup bermadu namun mengingatkan warganet supaya tidak menyebut nama mana-mana indvidu kerana bimbang berlakunya perselisihan faham. “Sebenarnya orang tidak faham poligami sebab itu mereka tanya saya kerana saya pernah mengalaminya.

Nak tanya fasal poligami boleh tapi janganlah sebut nama-nama orang yang tak berkenaan atau pun menimbulkan pergaduhan,” katanya. Pada 7 Februari lalu, nama Misya dan Aslam menjadi bualan ramai apabila lelaki itu didakwa bernikah dengan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania. Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika Misya sedang mengerjakan umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu. Untuk rekod, Misya dan Aslam mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *