Lebih selesa kaburkan wajah anak, Pu Riz dan Neelofa dedah masih belum bersedia nak tunjuk wajah anak kedua

Pasangan selebriti Haris Ismail dan Noor Neelofa memberitahu masih belum bersedia untuk menunjukkan wajah anak keduanya iaitu Abdullah Abbas meskipun usia sudah menginjak setahun. Pemilik nama lengkap Muhammad Haris Mohd Ismail bagaimanapun berkata, ramai yang sudah melihat wajah anaknya di luar, namun dia dan isteri tidak mempunyai perancangan untuk berkongsi kepada umum.

“Nanti macam mana pun, kita akan hantar dia dekat sekolah. Lagipun ramai orang dah tengok dia (wajah) sebenarnya. Cuma kita tak ada la nak tonjolkan. Tapi kalau nak tengok, saya rasa akan ternampak juga.” Haris berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan kedai pertama Nunha Store di MyTown Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Neelofa mengakui dia selesa dan lebih gemar wajah dua puteranya iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas tidak ditunjukkan di media sosial. “Saya rasa lebih selesa tak tunjuk. I like it! Macam Bilal orang dah tengok, tapi saya masih ‘blur’ kan wajahnya. I think I like that.” Sementara itu, berkongsi mengenai perkembangan terkini Abbas, Haris memberitahu dia dan isterinya kini sedang menikmati momen sebagai ibu bapa bersama anak-anak.

“Cepat masa berlalu, Abbas pun dah setahun umurnya. Secara tak langsung, apa yang kami dapat menjadi seorang bapa dan ibu, menjaga anak ini bukan sekadar hantar anak pergi sekolah, hantar mengaji, tidak hanya itu. Ada banyak benda lain yang kena ketahui. Sebagai contoh, milestones anak, apa yang anak boleh buat, kita belajar lebih banyak tentang kehidupan anak-anak kecil. Saya rasa ibu bapa di luar sana pun akan tahu dan suka bila kita luangkan masa dan melihat tumbesaran anak.”

Imbas kembali, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 dan Abdullah Abbas, setahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.