Minta berhenti dari main sosial media, warganet dah mula rimas dengan Ibu Aliff Aziz

Seorang individu meminta ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza supaya berhenti bermain media sosial dan memberikan fokus kepada keluarga. Kata individu berkenaan, tindakan Siti Hafiza yang sering memuat naik perkongsian di laman sosial telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak selain dijadikan bahan artikel media tempatan. “Makcik, boleh tak anda berhenti berkata-kata. Cuba senyap dan fokus kepada keluarga anda. Berhenti perli-memerli, berhenti ambil tahu tentang sosial media. Bising dan rimas tahu tak asyik muka makcik saja yang terpampang kat artikel FB semua. Boleh tak senyap sekejap.”

Perkara itu didedahkan oleh Siti Hafiza menerusi hantaran di Instagram Story berserta tangkapan skrin layar memaparkan mesej yang diterima daripada individu terbabit. Tenang menjawab kritikan, Siti Hafiza sebaliknya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan terhadap keluarganya. “Masya-Allah comel betullah hamba Allah ni. Masya-Allah terima kasih sangat sebab prihatin pada kami ya. Allahu jangan marah-marah kita hidup ni sekejap saja lebih baik berkasih sayang ya nak.

Meh kalau kurang kasih sayang, kami sayangkan ok. Jaga diri, semoga sentiasa dalam rahmah dan baraqah Allah aamin.” Terdahulu, Siti Hafiza pernah menyahaktif akaun Instagram miliknya ketika nama Aliff sedang hangat menjadi bualan susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhainies. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Siti Hafiza dilihat aktif semula dan meneruskan rutinnya yang gemar berkongsi kata-kata islamik.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.