Minta untuk carikan calon isteri, Khairul Aming akui sekarang hanya fokus nak cari duit

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming nak fokus cari duit dulu buat masa ini dan mengaku masih lagi single serta tiada calon isteri. Perkara tersebut dinyatakan Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, 32 apabila ditanya tentang perkahwinan. Menerusi TikTok Akmal Hidup Amoi, Khairul Aming dengan nada ceria menyatakan mahu mencari duit dahulu sebelum memikirkan tentang alam rumah tangga. “Cari duit dululah. Kahwin lambat lagi, tiada calon lagi. Kena carikan satu,” ujarnya tertawa. Klik sini untuk lihat video.

Dia juga meminta agar pengguna TikTok tersebut mencarikan satu calon isteri memandangkan belum mempunyai pilihan hati setakat ini. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing berseloroh mengatakan Khairul Aming saja mahu mengukuhkan ekonomi dahulu sebelum berumah tangga apatah lagi kita yang menjadi penontonnya di media sosial. Dalam pada itu, ada juga sempat bergurau menawarkan diri mahu menjadi calon isteri kepada usahawan berkenaan jika dia benar-benar sedang mencari calon.

Sekadar info, Khairul Aming merupakan pempengaruh yang cukup terkenal dengan konten memasak lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Pemuda yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat ini turut mengembangkan kerjayanya dengan menjadi usahawan apabila mengeluarkan produk sambal sehingga mempunyai dua buah kilang di Kelantan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.