Malas nak buat content memasak, Neelofa luah rasa tak selesa bila ramai yang sibuk kritik pasal masakan dia

TINDAKAN segelintir warganet yang gemar memberikan komen negatif terhadap cara masakan orang lain membuatkan pengacara dan usahawan Neelofa tidak selesa untuk berkongsi konten berbentuk sedemikian. Kata Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 35, komen negatif diberikan itu membuatkan dia berasa malas untuk berkongsi mengenai masakan dengan pengikutnya di media sosial.

“Komen makcik bawang inilah yang membuatkan saya malas nak buat content masak-masak sebab semua macam terpaling betul. Jadi saya nak minta mana yang komen cara masak dan bahan masak saya akan padam sebab sakit mata,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Sebelum itu, Neelofa ada memuat naik video resipi masakan yang dibuat untuk anak keduanya iaitu Abdullah Abbas.

Perkongsian Neelofa itu mengundang pelbagai komen daripada warganet. Selain komen negatif, Neelofa menyedari ada juga yang menegur bahan digunakan tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi. “Baru sahaja post video masak-masak ni… macam-macam komen fasal madulah, maple syrup, butter banyaklah, anak saya umur bawah satu tahun tak boleh itu ini (Abbas dah setahun lebih),” ujarnya.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang lahir pada 11 Julai tahun lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.