Warganet dakwa Neelofa tiru gaya tudung fazura, sekali ada pulak yang balas komen macam ni

Warganet dakwa Neelofa tiru stail Fazura selepas tular sebuah video memaparkan dia menggayakan tudung bersama topi dalam sebuah majlis kolaborasi bersama sebuah jenama. Dalam video itu, pelakon yang juga usahawan Neelofa dilihat hadir ke sebuah pusat beli belah di ibu kota yang turut dihadiri beberapa kenalan selebriti dan peminat. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, gaya tudung yang dipakai pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor dikritik dan didakwa seperti rakan selebriti, Nur Fazura. Fazura sebelum ini diihat pernah menggayakan tudung bersama topi sehingga menyebabkan namanya dipetik warganet. Menerusi ruangan komen, warganet turut mendakwa imej yang digayakan oleh Neelofa adalah tidak sesuai lebih-lebih lagi dia kini sudah berniqab. Ini kerana pakaian yang dipakai oleh bekas pengacara program MeleTOP dilihat singkat.

Tidak kurang juga ada peminat tampil mempertahankan Neelofa dan memaklumkan stail tudung berkenaan boleh dipakai oleh semua orang. Bukan itu sahaja, ibu kepada dua cahaya mata itu juga pernah menggayakan stail tersebut sebelum ini sewaktu mengacara program MeleTOP pada tahun 2015. Terdahulu, isu membabitkan Neelofa dan Fazura tidak asing selepas timbul pelbagai isu sejak 13 tahun lalu sehingga menjadi perbualan ramai.

Neeelofa bagaimanapun memaklumkan mahu berdamai dengan Fazura ekoran dan akui sudah penat dengan beberapa kontroversi lebih-lebih lagi apabila ‘diapi-apikan’ sesetengah peminat sehingga isu menjadi lebih besar. Dia sebelum ini memberitahu mahu ‘move on’ daripada kisah lama dan mahu membuka lembaran baru. Malah, tidak mahu memanjangkan persengketaan dengan Fazura, namun ruang pendamaian tersebut bukan bermakna mereka perlu bersahabat baik.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.