Baru baru ni botakkan kepala, terkejut bila kali ni Nonny Nadirah muat naik video menari berkemban pulak

Selepas berkongsi video membuka baju dan botakkan kepala sendiri, pelakon yang juga penyanyi Nonny Nadirah kongsi video menari berkemban di media sosial miliknya. Tindakan dilakukan oleh Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin kembali memancing tumpuan warganet. Menerusi video yang dikongsikan, Nonny dilihat membelakangi kamera dan dipercayai tidak memakai sebarang pakaian selain bertuala. Dalam bilik gelap, dia membuka tuala membelakangi kamera itu kelihatan sedang berseronok bergoyang sambil membalut tubuh dengan tuala. Klik sini untuk lihat video.

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima yang menggunakan emoji percikan air sebagai kapsyen bagaimanapun bertindak menutup ruangan komen perkongsian tersebut. Dia juga meletakkan lagu Get Low nyanyian asal Dillion Francis dan DJ Snake dalam Instagramnya. Pada minggu lalu, selepas lama menghilangkan diri, Nonny kembali memuat naik video membuka baju yang dipakai sebelum menabur bedak disekitar leher bertujuan untuk memotong rambut. Dia bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubunh tindakan tersebut.

Sebelum ini, aktres asal Sabah pernah mendakwa wajahnya berubah senget sebelah akibat terkena gangguan sihir sejak tiga tahun lalu. Dia pernah menyatakan bahawa dirinya penat menjadi mangsa sihir sehingga memilih membuka tudung selepas beberapa tahun mengenakannya. Apapun, didoakan agar Nonny dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.