Kuat berdepan dengan kontroversi, Ruhainies percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku

KUAT berdepan kontroversi, pelakon Ruhainies menganggap ujian menimpa bukan alasan untuk dia mengeluh atau merasa kecewa. Bagi Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dia percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku pada dirinya kini. Malah pelakon itu juga yakin dugaan yang datang akan berakhir dengan kebaikan.

“Allah baru beri ujian besar sekali, takkan saya nak mengeluh. Saya terima dan reda. Saya bersyukur. Allah uji sebab Dia sayang. Saya percaya tiada yang sia-sia. Saya yakin pasti ada rezeki besar Allah sudah aturkan. Tiada badai yang berpanjangan,” katanya. Ruhainies menulis perkara tersebut di Instastory miliknya dalam sesi soal jawab bersama peminat.

Dia berkongsi demikian apabila ditanya tentang cara bersabar tatkala namanya kini sedang menjadi bualan hangat. Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza pelakon ini juga berkongsi lebih selesa mengambil langkah berdiam dan tidak mudah melatah dengan pandangan orang sekeliling. “Kuasa yang sebenar adalah berdiam dan perhatikan mengikut logik. Jika kata-kata boleh mengawal anda, bermakna semua orang boleh kawal.

“Tenang dan biarkan ia berlalu,” ujarnya. Ruhainies kini berdepan pertuduhan berkhalwat denga pelakon Aliff Aziz dalam kejadian yang berlaku di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu. Ketika sebutan kes berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 3 Julai lalu, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *