Setelah sekian lama menunggu, Umie Aida luah rasa terharu bila Nora Danish nak sertai Festival Sunnah

Selebriti, Datin Seri Umie Aida terharu Nora Danish sertai Festival Sunnah selepas bertahun-tahun menantikan detik tersebut. Menerusi hantaran yang dibuat Umie di Instagram, dia menyatakan yang Nora telah bersetuju untuk bersama-sama barisan selebriti yang lain untuk berada di Festival Sunnah yang sudah dianjurkan beberapa tahun lalu. “Alhamdulilah bertahun2 muu ..ku menanti kehadiran mu utk program Festival Sunnah. Yeaayyy.. akhirnya Nora Danish sudah lock date 5/10/2024 festival sunnah di kedah. InsyaAllah… “ tulisnya. Klik sini untuk lihat video.

Difahamkan, majlis ilmu yang dihadiri golongan muslimat itu bakal berlangsung di Kedah pada tahun ini pada Oktober nanti. Perkongsian yang dibuat Umie Aida telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata berasa gembira melihat perubahan yang lebih baik Nora apabila bersama circle yang sama-sama mengajak ke arah kebaikan.

Penampilan terbaru Nora Danish atau nama sebenarnya,  Nora Mohd. Danish Hanif, 42 yang cantik bertudung telah mendapat perhatian ramai. Dia yang masih lagi dalam iddah apabila berpisah talak satu dengan bekas suami, Nedim Nazri pada 19 Jun lalu selepas 7 tahun mendirikan rumah tangga memohon agar orang ramai dapat mendoakannya supaya istiqomah dalam menjalani kehidupan baru.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *