Pertikaikan pasal suntikan, pengusaha kantin sekolah luah rasa tak puas hati bila guru jual pelbagai jenis makanan di koperasi

Seperti yang diketahui umum, aktiviti menjual tidak kiralah sama ada dalam kalangan guru mahupun murid di sekolah adalah tidak dibenarkan. Tidak semua jenis makanan dan minuman yang boleh dijual di kantin sekolah. Pengusaha kantin perlu mengikut perkara yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan Kesihatan.

Namun, tular di TikTok satu rakaman video memaparkan seorang wanita yang dipercayai pengusaha kantin meluahkan rasa tidak puas hati kepada seorang guru yang dilihat menjual pelbagai jenis makanan di koperasi sekolah. Menerusi rakaman itu, kelihatan pelbagai aneka makanan yang dijual seperti spagheti, mihun goreng, roti john, nasi lemak, ayam goreng dan macam-macam lagi dengan disertakan tanda harga diletakkan di atas kaunter. Klik sini untuk lihat video.

Selain itu, terdapat beberapa orang murid dilihat sedang membantu guru terbabit menguruskan penjualan. “Saya diam bukannya saya tak ni (peduli), tapi saya malas nak ni dengan cikgu. Tapi cikgu buat lagi macam ni. Dorang ni semua buat ada suntikan ke?” soalnya. Namun guru terbabit membalas menyatakan dia hanya membuka jualan sempena hari sukan. Bagaimanapun, pengusaha terbabit membidas dengan mendakwa guru berkenaan menjual makanan tersebut setiap hari.

Perkongsian video itu telah mengundang pelbagai reaksi warganet. Ada yang bersetuju dengan kenyataan pengusaha kantin terbabit kerana mereka telah dilantik untuk menyediakan makanan dan minuman sekolah. Pun begitu, ada pula yang tidak kisah kerana merasakan makanan yang dijual di kantin tidak cukup memuaskan dan sedikit mahal daripada apa yang dihidangkan. Ada juga mengatakan makanan yang dijual bukan dari pihak guru tetapi diambil dari peniaga luar dan dijual dalam koperasi sekolah.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.