Setelah sekian lama menyepi dari media sosial, penampilan terkini Ira Kazar jadi perhatian warganet

Sekian lama berdiam diri dan tidak muncul di media sosial, penampilan terkini Ira Kazar telah menyorot perhatian wargamaya. Menerusi perkongsian di TikTok @wiwiedarvienda, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat sedang duduk sambil bermain telefon bimbit. Namun apa yang menjadi pehatian warganet adalah wajah Ira yang dikatakan semakin cantik dan berseri-seri. Klik sini untuk lihat video.

Ira yang mengenakan tudung berwarna hitam dan dipandankan dengaan kemeja putih sempat mengukir senyuman di bibir. Difahamkan, video tersebut diambil ketika Ira menziarahi ahli keluarganya di sebuah pusat perubatan. Sementara itu, pemilik akaun tersebut yang merupakan bekas kakak ipar meminta orang ramai mendoakan isteri kepada pengarah Syamsul Yusof dikurniakan cahaya mata. “Alhamdulillah, doakan rezeki dia (Ira) mengandung dan jadi ibu.”

Sebelum ini, Ira sering berkongsi video masakan dengan pengikutnya. Namun, kali terakhir berkongsi resipi adalah pada Oktober tahun lalu sebelum tiba-tiba berdiam diri dari bermain media sosial. Dalam pada itu, timbul dakwaan yang mengatakan Ira kini sedang hamil dan berikutan itu dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial. Bagaimanapun, sehingga kini pasangan itu masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut. Terdahulu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023.

Pada Jun tahun lalu pula, Syamsul sah berpisah talak satu dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 6 tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *