Muat naik video Uwais dan sama kan dengan orang asli, Watie Hanifiah tampil buat permohonan maaf

Isteri kepada usahawan selebriti, Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah mohon maaf dan menyatakan dirinya tiada niat memperlekehkan kaum Orang Asli sewaktu berkongsi video anak pertama suaminya, Uwais Al- Qarni. Dalam video tersebut, Uwais dilihat tidak berbaju dan memegang senapang mainan sedang bergurau dengan Watie dengan meminta ibu tirinya mengambil gambar.

Ternyata gurauan tersebut telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi wanita tersebut menyebut perihal ‘Orang Asli’ dalam video berkenaan. Susulan daripada itu, pemilik nama sebenar, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, segera memohon maaf dan menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat memperlekehkan mana-mana pihak.

“Mummy dapat banyak DM tegur mummy berkenaan video Uwais tu, mummy sebut macam Orang Asli. Sejujurnya takde langsung  niat mummy nak menghina atau memperlekehkan. Mummy rasa followers mummy pun tahu selama ini mummy sangat menjaga tutur bahasa mummy. Eventho yang mana kritik mummy sebelum ini pun tak pernah mummy marah atau balas” ujarnya.

Tambah Watie lagi, sebelum ini dia tidak pernah sekalipun membalas atau marah dengan kecaman diterima, jadi dia berharap orang ramai tidak salah faham kerana apa yang dinyatakan sama sekali tidak merujuk kepada mana-mana pihak kerana selama ini cukup menjaga tutur kata. “Cuma dalam video tu Uwais kan tak berbaju sebab tu mummy samakan macam dalam gambaran seperti orang dahulu kala. Maaf kalau ada yang terasa. Tapi Insha Allah mummy tahu niat mummy dalam berbahasa,” tulisnya.

Dia memohon maaf jika ada pihak yang terasa dengan kenyataan yang dibuat serta yakin bahawa pengikutnya di media sosial tahu niat sebenar dirinya dalam menuturkan kata-kata. Sekadar info, Watie Hanifiah telah mendirikan rumah tangga dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu pada 23 Jun 2023. Sebelum mendirikan rumah tangga dengan Watie, Shuib telah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3 tahun

Namun begitu, Siti Sarah telah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 disebabkan jangkitan Covid-19. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.